Perkahwinan

Hari perkahwinan adalah detik-detik terindah buat semua pasangan kekasih. Setiap pasangan pastinya menginginkan detik-detik indah itu dikongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Dalam kegembiraan yg ingin dikecapi itu, pastinya akan muncul kerisauan tentang persiapan perkahwinan anda. Sekarang anda tidak perlu risau lagi. Kenapa? Kerana kami dari eL Pesona Touch mementingkan kesempurnaan dalam servis kami dan kebahagiaan anda. Berbekalkan 7 tahun pengalaman dalam bidang perkahwinan, eL Pesona Touch yakin akan dapat merealisasikan segala impian anda. Menekankan kepada konsep Garden Wedding, eL Pesona Touch menyediakan servis perkahwinan dalam 2 bentuk; Pakej penuh dan a la Carte'.

Katering

eL Pesona Touch menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan secara konsisten. Pengalaman kami yang luas di dalam bidang katering juga memberikan kami kelebihan terhadap pesaing kami dalam bidang penyediaan makanan. Kami menyediakan pakej katering seperti majlis rasmi, jamuan perkahwinan, majlis keramaian dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

Andaman

Solekan mampu memberikan kuasa yang tiada tandingnya. Solekan mampu mengubah wajah seseorang menjadi anggun, cantik, dan berseri. Menjelang hari bahagia, riaskan wajahmu dengan andaman yang pastinya memukau setiap mata yang memandang. Dengan sentuhan dari pengandam professional dari pihak eL Pesona Touch, dijamin akan menaikkan seri wajah anda di hari bahagia nanti.

Fotografi

Detik-detik bahagia pastinya ingin dikongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Pasti jua ingin disimpan untuk menjadi kenang-kenangan. Di eL Pesona Touch, fotografer kami yang berpengalaman akan memastikan detik-detik bermakna anda akan dirakamkan dengan penuh ketelitian. Pelbagai pengalaman dalam bidang ini akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan!

Close Menu
×
×

Cart

0

Your Cart